Monday, December 29, 2008

Salam tahun Baru Hijrah 1430 / 2009

Salam bahagia, salam perubahan, salam perpaduan. Tahun baru datang lagi. pelbagai azam dilontarkan oleh setiap orang. Ada yang berazam untuk melaksanakan azam tahun lepas yang tak tertunai lagi. apa pun berazamlah, bercita-citalah kerana ianya baik untuk kesihatan. pada kesempatan ini, nak jugak aku ucapkan tahniah kepada rakan-rakan sempena tahun baru ni ada yang naik pangkat, bertukar tempat bekerja, tambah lagi zuriat, tambah bini, beli kereta baru, masuk rumah baru (bukan rumah sewa), dapat boss baru dan lain-lain. Aku doakan kalian cemerlang dalam kerjaya kalian semua. Sempena sambutan Maal Hijrah marilah bersama menghayati makna Hijrah Rasulullah s.a.w dan para sahabat untuk menjadi pedoman dalam melayari kehidupan di muka bumi. Hijrah telah melahirkan golongan manusia yang cukup kental imannya, hijrah melahirkan tokoh usahawan muslim berjaya, hijrah melahirkan pahlawan hebat dalam sejarah Islam, hijrah membangkitkan kekuatan baru untuk menyebar luas Islam, Hijrah telah mewujudkan negara Islam, Hijrah telah memisahkan golongan Mukmin sejati dengan golongan Munafik dan bermacam kelebihan daripada peristiwa hijrah ini. Mengambil pengajaran daripada rentetan kelebihan ini, maka sebagai golongan mukmin yang cukup responsif dengan persekitaran semasa, inilah masa yang terbaik untuk memulakan dan meneruskan gerak langkah mengoptimumkan harakah jemaah bagi menjana kecemerlangan dalam perjuangan. walau pun hal ini menuntut satu komitmen perjuangan yang sangat kental, namun halangan pasti boleh di atasi dengan kebijaksanaan percambahan ilmu, memanfaatkan teknologi, jaringan persahabatan yang sedia terjalin dan bermacam sudut dan ruang lingkup yang sedia sebenarnya membantu kita ke arah mencapai matlamat ini....... Berhenti dulu, rencana ini akan ada sambungannya nanti..