Monday, December 29, 2008

Salam tahun Baru Hijrah 1430 / 2009

Salam bahagia, salam perubahan, salam perpaduan. Tahun baru datang lagi. pelbagai azam dilontarkan oleh setiap orang. Ada yang berazam untuk melaksanakan azam tahun lepas yang tak tertunai lagi. apa pun berazamlah, bercita-citalah kerana ianya baik untuk kesihatan. pada kesempatan ini, nak jugak aku ucapkan tahniah kepada rakan-rakan sempena tahun baru ni ada yang naik pangkat, bertukar tempat bekerja, tambah lagi zuriat, tambah bini, beli kereta baru, masuk rumah baru (bukan rumah sewa), dapat boss baru dan lain-lain. Aku doakan kalian cemerlang dalam kerjaya kalian semua. Sempena sambutan Maal Hijrah marilah bersama menghayati makna Hijrah Rasulullah s.a.w dan para sahabat untuk menjadi pedoman dalam melayari kehidupan di muka bumi. Hijrah telah melahirkan golongan manusia yang cukup kental imannya, hijrah melahirkan tokoh usahawan muslim berjaya, hijrah melahirkan pahlawan hebat dalam sejarah Islam, hijrah membangkitkan kekuatan baru untuk menyebar luas Islam, Hijrah telah mewujudkan negara Islam, Hijrah telah memisahkan golongan Mukmin sejati dengan golongan Munafik dan bermacam kelebihan daripada peristiwa hijrah ini. Mengambil pengajaran daripada rentetan kelebihan ini, maka sebagai golongan mukmin yang cukup responsif dengan persekitaran semasa, inilah masa yang terbaik untuk memulakan dan meneruskan gerak langkah mengoptimumkan harakah jemaah bagi menjana kecemerlangan dalam perjuangan. walau pun hal ini menuntut satu komitmen perjuangan yang sangat kental, namun halangan pasti boleh di atasi dengan kebijaksanaan percambahan ilmu, memanfaatkan teknologi, jaringan persahabatan yang sedia terjalin dan bermacam sudut dan ruang lingkup yang sedia sebenarnya membantu kita ke arah mencapai matlamat ini....... Berhenti dulu, rencana ini akan ada sambungannya nanti..

Sunday, September 21, 2008

Aildilfitri dan Detik Perubahan...

Puasa kita dah menjangkau masuk fasa ke tiga (pembebasan daripada api neraka). Semua hati sekarang tertumpu kepada sambutan Aidilfitri. Pelbagai siap siaga kita untuk ke arah itu. semuanya baru..baju baru, perabot baru, kuih baru, langsir baru, pinggan mangkuk baru dan banyaklah benda baru yang menjelma ke dalam rumah kita. Kita mungkin terlupa satu perkara dalam keghairahan menyambut Syawal, iaitu kesedihan meninggalkan Ramadhan. Tak pernah terlintas mungkin persoalan dihati kita, bahawa adakah kita masih boleh menemui Ramadhan berikutnya? Atau apakah ini Ramadhan yang terakhir buat kita. Ketika jantung masih upaya berdenyut, makan masih selera, batin masih kuat, nafsu semakin serakah, tatkala itu kita masih segar bugar dibuai lupa seketika. Untuk bangkit seketika, Ramadhan inilah medan terbaik untuk berubah. Peluang berada di Madrasah Ramadhan ini sesungguhnya mengingatkan kita kepada semangat perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Ingatkah kita kepada sejarah medan tempur Badar al-Kubra. Logikkah 313 orang mengalahkan 1300 musuh?. Tentera Islam hanya dengan 2 ekor kuda perang dan 70 ekor unta sahaja. Tetapi ingatlah, Kita merancang, Allah merancang, tetapi perancangan Allah adalah yang lebih baik. Itulah semangat dan upaya yang nak kita pacu dan garapkan kepada generasi mendatang. Bergantung harap hanya kepada Allah, bukan kepada yang lain.

Sunday, August 3, 2008

makan untuk hidup..

Makan cara Rasulullah s.a.w

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

* CARA MAKAN

* JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

* TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.

* JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cubalah..... ......... .

Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat

amalan antara lain:

* Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
* Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
* Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
* Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

Sama-samalah kita mengamalkannya. ......

WallahuA'lam

Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.
(Adaptasi drp saujana_hikmah)

Wednesday, July 23, 2008

Fasa baru kehidupan

Begitulah hukum alam. dulu belajar, kemudian kerja dan sekarang kembali berkelana sebagai seorang pelajar (kembara ilmu). Sekarang sahabat kalian ini sedang melanjutkan pengajian peringkat Master (M.ed) dalam bidang pengurusan Kokurikulum di USM Pulau Pinang secara sepenuh masa. Kembara ini tak lain dan tak bukan hanya kerana merasakan betapa diri ini kerdildan ceteknya ilmu pengetahuan. Dorongan daripada teman-teman seperti Mat Ali, Budiman, hj Khairul dan Kak Ina ( Cgu Salina) serta isteri tersayang memungkin perjuangan ini akan sampai kepuncaknya nanti. Masaku mungkin terbatas selepas ini, tp percayalah perjuangan untuk mengubah nasib bangsa, martabatkan agama tak pernah kunjung padam.

Thursday, June 26, 2008

Perjalanan....

Jauh sungguh perjalanan ini. Semakin hari dirasakan dunia ini semakin membuli penghuninya. Bersyarahlah sang pendeta, berkhutbahlah sang khatib, berleterlah siibu, berteriaklah sang marhain, berpanaslah si nelayan kecil, berembunlah peniaga kecil tetapi semua ini adalah umpama gatal yang tak menjadikan kudis kepada pencorak dunia. Terus membuli lagaknya. Hari ini semakin dirasakan natijah berantai daripada kenaikan harga minyak. Impak positif yang dicanangkan hanyalah momokan palsu. semua marhain yang bertempik tadi dipujuk seolah-olah memujuk anak kecil yang merengek dan diberikan gula-gula sebagai bahan penenangnya. Bicara sang penguasa seperti sang algojol. entahlah apa lagi yang nak disumpitkan. berbicaralah segala-segala agar awan mendung yang membawa hujan akan memadamkan gelojak sang algojol yang semakin mengganas gila...

Monday, May 12, 2008

Guruku....

Salam bahagia. Entah kenapa tiba-tiba terdetik diminda untuk menukilkan beberapa nukilan yang mana dengannya boleh dijadikan pengajaran. melihat kepada suasana ribut kalut, hiruk pikuk, tunggang langgang politik hari ini, dalam situasi sukar kenaikan harga makanan (beras) menjadikan diari catatan lebih menarik dan tuntas untuk dinukilkan. walau bagaimana pun, suasana ini sikit pun tidak membantutkan rasa megahnya tatkala menyambut kedatangan hari guru 16 Mei setiap tahun. Guru Oh guru :

Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa,

Dialah ibu, dialah bapa dan juga sahabat,
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,
Pemimpin yang ditauliahkan,
Seribu tahun katanya menjadi hikmat,

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca,

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota,
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku,
Semakin terpencil hidupnya di ceruk desa,
Semakin beerti tugasnya kepada negara,

Jadilah apa pun pada akhirnya kehidupanmu,
Guruku,
Budi yang diapungkan didulang ilmu,
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Thursday, April 24, 2008

Merantau lagi...

Tahun bertukar tahun, bulan bertukar bulan, minggu berganti minggu dan hari berganti hari, maka baru hari ini berkesempatan berkelana ke Pusat Ko-Kurikulum Perak untuk bertugas sebagai jurulatih. kekangan masa, program dan bermacam perkara yang melingkari diri menghambat peluang untuk ke Pangkor sebelum ini. Apa khabar kawan2 semua? Bersediakah lagi anda dipimpin untuk memimpin? sahabat2ku sekalian, kita sudah tidak mampu lagi diulik kelesuan, dibuai mimpi terang nan bulan, ditiup angin sepoi petang tanpa kita beroleh sesuatu manfaat. maka ayuh gerakkan tulang temulang kita, bertugaslah dengan penuh ikhlas dan dedikasi.

Wednesday, April 16, 2008

Anjakan Paradigma

Masa telah berubah. WAjah turut bertukar, angin bertiup bertukar arah, ribut melanda tak kenal masa. nah sekarang tengok hampa semua. Zaman turut berlalu.Sejarah terungkai kembali. KEjahatan bakal dibongkar, kebobrokan akan dijaja....tunggu, jangan kemana-mana.

Saturday, January 12, 2008

Abstrak

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti pembentukkan karektor diri terhadap penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Meneliti latar belakang pelajar yang cenderung untuk melibatkan diri secara aktif dalam sesuatu aktiviti kokurikulum dan faktor-faktor yang berkait rapat dengan suasana pengendalian aktiviti. Subjek kajian terdiri daripada 20 orang pelajar tingkatan 4 dan 16 orang pentadbir sekolah yang terdiri daripada 4 orang Pengetua, 4 orang Guru Penolong Kanan Kokurikulum, 4 orang guru Setiausaha Kokurikulum dan 4 orang kaunselor sekolah daripada 4 buah sekolah menengah di Daerah Larut Matang dan Selam, Perak. Alat kajian yang akan diguna pakai dalam kajian ini untuk mendapatkan data ialah dengan temuduga. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis perbandingan melalui pembentukkan konsep analitikal, kategori dan perbandingan persamaan serta perbezaan kategori yang membawa kepada pembentukkan tema. Data pula akan dipersembahkan dalam bentuk jadual matriks dan huraian secara deskriptif mengikut tema yang akan muncul berdasarkan persoalan kajian. Kajian terdahulu mendapati para pelajar cenderung melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah sewaktu dalam lingkungan umur 13 hingga 16 tahun dan majoriti mengundang pelajar lelaki yang dikesan bergiat aktif. Kebanyakkan daripada mereka ialah terdiri daripada pengawas sekolah, ketua-ketua kelas dan daripada keluarga yang mempunyai latar belakang kehidupan sosial yang baik. Kebanyakkan daripada mereka aktif sejak daripada sekolah rendah dan terbiasa dalam persekitaran aktif. Tujuh belas persoalan tema boleh diungkapkan berhubung faktor-faktor yang berkait rapat dengan pembentukkan karektor pelajar yang terlibat secara aktif dalam aktiviti yang berdasarkan enam pembolehubah yang dikaji iaitu faktor diri sendiri, faktor keluarga, faktor sekolah, faktor rakan sebaya, faktor acara dan faktor media. Faktor yang datang daripada pelajar sendiri merupakan faktor dominan dalam pembentukkan karektor diri iaitu berkaitrapat dengan mendapatkan pengiktirafan, kepuasan diri, kawalan diri yang teguh, darjah kematangan yang tinggi, personaliti diri yang berhemah dan amalan persaingan dan menang. kajian ini akan menunjukkan pembentukkan karektor diri pelajar terhadap penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum juga berkait dengan faktor-faktor lain tetapi cenderung kepada faktor keluarga kerana pelajar tersebut mendapat sokongan, perhatian dan kasih sayang,kebebasan yang dikawalselia ibu bapa dan tambah nilai moral dan didikan agama yang berkesan. Didapati pengiktiran berterusan, galakan yang berorientasikan sihat minda dan isentif kebendaan dan pujian berkesan dalam usaha menyediakan modal insan yang berkarektor positif sekiranya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum mengambil kira beberapa aspek tertentu iaitu pelajar dirasionalkan betapa karektor diri berkait rapat dengan kecemerlangan hidup, nilai tambah berkarektor boleh dikenalpasti dengan jelas diluar bilik darjah, melaksanakan idea perubahan secara tegas dan memberi perhatian secara jitu kepada peningkatan akademik. Kelangsungan tersebut mampu dijelmakan secara menyeluruh melalui suatu budaya yang berperwatakan atau berkarektor di kalangan pelajar atau individu yang tidak bertindak naïf terhadap nilai-nilai baik sejagat.

Tuesday, January 8, 2008

Selamat Tahun baru 1429 Hijrah

Assalamualaikum w.b.t...

Salam perpaduan, salam perubahan, salam anjakan. Agak lama juga tak menulis. Tiba-tiba datang idea untuk meneruskan kerja-kerja baik ini. Banyak yang berlaku takkala mana kita melangkah masuk ke tahun baru 2008 dan tahun hijah 1429 kali ini. Tapi semua ini tidak mematahkan semangat juang untuk meneruskan kesinambungan mata rantai perjuangan yang di bawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Seperti biasa manusia yang berakal dan waras fikirannya akan menyatakan azam bilamana masuk tahun baru. Penuh dengan semangat yang berkobar-kobar kononnya untuk merangka, mencipta, menggapai perubahan yang pada diri masing-masing mampu untuk diperlihatkan bahawa dirinya sudah berubah. Hakikatnya perubahan itu sama seperti mencurah air ke daun keladi.Tidak membawa apa-apa erti jauh sekali memperlihatkan natijah daripada perubahan angka tahun sahaja.Namun begitu sebagai pengembara yang masih mahu terus melangkah meneroka ilmu, jadikanlah semangat hijrah ini sebagai rangsangan motivasi diri untuk menyergah minda. Kerana ingatlah, "Sekiranya kamu tidak pernah merasakan peritnya menuntut ilmu walau sesaat, pasti kamu akan merasakan betapa peritnya menjadi bodoh seumur hidup"