Wednesday, September 30, 2009

Tuesday, August 18, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Marilah kita sama-sama kita bertaqwa kepada Allah swt, dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan dengan ketaatan kepada Allah swt, kita menjadi mukmin yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Kita sedang berada dalam bulan Ramadan Al-Mubarak, bulan kurnia Allah SWT kepada orang-orang yang beriman. Apabila tibanya bulan Ramadan Al-Mubarak, Rasulullah s.a.w. menyampaikan ucapannya, yang bermaksud: “Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang mulia, padanya satu malam yang kelebihannya lebih baik daripada 1,000 bulan, bulan yang pada awalnya kerahmatan, pertengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan daripada api neraka.”
Pada bulan ini, kita dijemput menjadi tetamu Allah Taala untuk menghadiri majlis hidangan-Nya. Disediakan untuk kita hidangan yang terdiri daripada makanan roh dan jasad, kerana Allah Taala menjadikan manusia dengan dua fitrah iaitu unsur roh dan unsur jasad, kedua-dua unsur ini memerlukan makanan. Makanan ini penuh dengan kelebihan, makanan roh ialah iman, ilmu, takwa dan segala sifat dan akhlak yang mulia manakala makanan jasad ialah makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya.
Allah SWT telah menentukan tugas manusia yang berbeza dengan tugas malaikat di alam roh dan berbeza dengan binatang yang hanya menjaga kepentingan jasad. Manusia mempunyai kedua-dua unsur iaitu unsur malaikat dan binatang. Sekiranya manusia menunaikan tuntutan roh dengan sebenarnya dan dalam masa yang sama berjaya menghadapi hawa nafsu kebinatangan, maka manusia akan menjadi makhluk yang lebih mulia daripada malaikat seperti para nabi dan orang-orang yang soleh. Di sana ada manusia yang lupa kepada makanan roh dan mengendalikan jasadnya seperti binatang, maka manusia itu menjadi lebih jahat daripada binatang.
Allah SWT melatih, mendidik dan memberi tarbiah kepada kita pada bulan Ramadan Al-Mubarak dengan hidangan menunaikan kewajipan berpuasa pada waktu siang hari, memberi sedekah, menjamu makanan kepada saudara-mara dan sahabat handai, jiran dan orang-orang yang memerlukan pertolongan, menghidupkan malam dengan sembahyang tarawih, bertahajud, tadarus al-Quran dan sebagainya. Semuanya ini dijanjikan kelebihannya lebih besar daripada bulan-bulan yang lain.
Ibadat puasa sahaja dijanjikan Allah SWT dengan pahala yang tidak terhingga banyaknya. Seseorang manusia yang melakukan kebaikan akan diberikan dari tiap-tiap satu kebaikan itu 10 pahala. Adapun puasa, Allah Taala berfirman, yang bermaksud: “Sesungguhnya puasa itu untuk Aku, maka terserahlah kepada-Ku untuk menentukan pahalanya.”
Betapa besarnya pahala kepada orang-orang yang berpuasa, betapa ruginya mereka yang tidak berpuasa. Sesiapa sahaja yang tidak berpuasa satu hari dengan tiada sebarang keuzuran yang membolehkannya berbuka, walaupun diwajibkan kepadanya menggantikan puasa itu pada hari yang lain, namun dia tidak akan dapat menggantikan pahala puasa yang ditinggalkan satu hari itu walaupun dia berpuasa sepanjang umurnya. Itulah kelebihan yang dijanjikan Allah Taala.
Jaga diri daripada perkara menghilang pahala puasa
Marilah kita menunaikan ibadat yang diwajibkan Allah Taala itu dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang diwajibkan serta dengan adab-adab puasa yang menambahkan kelebihannya supaya kita menyedari bahawa puasa itu bukan sekadar menjaga diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa pada waktu siang hari iaitu tidak makan, minum, bersetubuh dengan isteri, tidak memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka tetapi seseorang itu juga perlu menjaga dirinya daripada perkara yang menghilangkan pahala puasa walaupun tidak membatalkan puasa.
Seseorang itu perlu memelihara anggota dan pancainderanya daripada melakukan perkara-perkara dosa dengan memelihara lidah, mata dan telinga supaya tidak melakukan perkara-perkara yang menghilangkan pahala puasanya. Itulah pendidikan puasa yang merupakan makanan rohani yang dihidangkan oleh Allah SWT pada bulan Ramadan.
Kita juga dijanjikan fadilat iaitu diberikan pahala pada makanan jasad. Kita makan dan minum pada bulan puasa bukan sahaja untuk kenyang tetapi diberikan pahala. Begitu juga kelebihan mereka yang bersahur. Allah SWT menjadikan kelebihan orang yang makan sahur sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah Taala dan para malaikat bersalawat kepada orang-orang yang bersahur.”
Ini menunjukkan bahawa bukan sahaja ibadat puasa, bukan sahaja perkara-perkara kebaikan yang dilakukan diberi pahala, bahkan makan dan minum kita pada bulan puasa juga diberi pahala oleh Allah Taala. Itulah keistimewaan pada bulan Ramadan Al-Mubarak dan banyak lagi keistimewaan yang lain yang disediakan oleh Allah Taala supaya kita mencapai natijah puasa yang baik.
Kita menerima kerahmatan daripada Allah SWT pada awalnya, mendapat keampunan pada pertengahannya dan dimerdekakan daripada api neraka setelah kita meninggal dunia sekiranya kita menunaikan puasa dengan sebaik-baiknya. Itulah di antara hidangan yang disediakan oleh Allah Taala. Marilah kita menyahut jemputan Allah SWT di bulan yang penuh dengan kemuliaan itu.
Firman Allah Taala yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu supaya kamu menjadi orang-orang yang bertakwa.” (Surah al-Baqarah: 183)

Tuesday, August 4, 2009

Dunia memandang aku!!


Akhirnya dunia memandang aku sekeluarga.....!Kadang-kadang teringin juga kami dilihat oleh orang besar. kalau tak tengok pun dengar-dengarlah suara golongan marhaen macam kami ni...kalau tak nak dengar suara kami, dengarlah suara orang-orang yang segolongan dengan kami, satu fahaman dengan kami, satu idealisme dengan kami, satu fikrah dengan kami dan yang penting satu akidah dengan kami...tapi siapakah kami yang suaranya nak didengar oleh pembesar dunia...pedulikan jerit perih mereka...persetankan keluh kesah mereka...bakul sampahkan minda bernas mereka....yang penting "hartaku hartaku, hartamu hartaku jua...".Disana ada anak-anak yang dipisahkan daripada kasih seorang bapa, disana ada isteri menjanda tanpa cerai, disana ada keluarga ditinggal tanpa berita, disana seolah-olah mata mereka buta, telinga mereka pekak dan disana mata mereka buta.

Wednesday, July 8, 2009

Kembali!!

Minggu ini bermula semester baru ambo di UKM. Meneruskan juang bergelumang dengan tugasan dan sebagainya sesuai dengan kehidupan seorang pelajar. Bercakap soal juang, ambo rasa semua pihak sebenarnya berada di medan juang. Manek Urai (MU) ada juangnya, Negeri Perak ada juangnya, Negara sendiri ada juangnya, ekonomi negara ada juangnya, politik negara ada juangnya dan segala perkara juang bergentayangan didepan kita. Menjadi persoalan kepada manusia yang tak pernah kenal makna juang ialah untuk memilih 'Medan' 'juang'. Kesilapan memilih 'medan' untuk melaksanakan dan menjayakan misi juang akan menyebabkan sebahagian besar manusia akan tersungkur, kecewa, merana, putus asa dan sebagainya. Apa pun di depan kita, sebagai manusia yang diberi akal oleh Allah, tuhan yang Maha Pencipta, maka kita seharusnya tidak terkeliru dalam soal memilih 'medan' juang. Bagi ambo, insan yang lemah ini, ambo memilih satu cara ialah melalui blog ini...Baca dengan hati, perhati dengan akal, timbang dengan Budi.

Sunday, June 28, 2009

Jaga-jaga anak kita...


Jaga-jaga anak kita, jangan sampai jadi hamba..

Tahniah kalian semua..

Saya mengambil kesempatan merakamkan ucapan tahniah kepada anak didik yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. kalian akan memulakan kehidupan baru yang serba mencabar di tempat orang. pesan saya kalian mesti teguhkan pendirian, tetapkan iman, sabar dan tawakkal, insyaAllah kalian akan mendapat petunjuk. Kepada yang kurang berjaya, kalian mungkin akan mendapat rezeki yang lain.

Thursday, April 2, 2009

Berani Mati untuk Tak Mati....

Gendang sudah dipalu. Kempen pilihanraya di ketiga-tiga tempat sedang rancak berjalan. Sambil berbual-bual, Pian, kawan serumah menerbitkan satu ungkapan dalam budaya Cina "Berani Mati untuk tak mati". Dalam maknanya..Teringat dengan kalut ribut pilihanraya sekarang. semua sedang bermati-matian berkempen untuk menang.. Malek ajak p sembahyang Isyak..nanti sambung lagi...

Friday, March 6, 2009

Kalut Ribut Dunia

Tiba-tiba teringat ambo dengan ungkapan lagu daripada kumpulan XPDC....ma!k oh mak!, Dunia dah terbalik!, orang naik ke Bulan, pakai Kerete Lembu!!, Pergi Bukit Belacan mandi air susu!!!!! itulah gambaran yang sedang dan akan terus berlaku dalam periuk belanga politik negeri Perak. Kegawatan, kekecohan dan kebobrokkan ini kerana ada segelintir manusia yang tidak berhati perut, membelakangkan prinsip-prinsip demokrasi yang kononnya mereka sanjung dan perjuangkan. Warisan perjuangan yang kononnya mereka akan tinggalkan kepada anak cucu , bakal disumpah seranah, diludah, dicerca dan terus diingati sebagai warisan yang sangat menjengkelkan. mereka sendiri sebenarnya lupa kepada sejarah, lupa kepada nilai-nilai ketamadunan suci umat Melayu, Raja-raja Melayu dan seluruh isi hati tanah air sendiri. mereka mungkin sedang mencongah untung daripada perniagaan yang tiada modal, mungkin sedang melambakkan laba daripada jerit perih anak bangsa, tetapi INGAT apa yang sedang direkayasa oleh mereka bakal menjadi senjata makan tuan. Perjuangan suci atas nama agama mengajar pejuang mereka erti kesabaran, menempuh jalan sukar dalam dakwah adalah asam garam, meniti denai berduri menjadi hidangan perjuangan. Justeru sabar, sabar, sabar. kebenaran nanti akan terjelma. Allah akan tunjukkan kebenaran itu adalah kebenaran, dan kebatilan itu tetap kebatilan.