Friday, November 30, 2007

Kayuhan Jelajah Utara


Bermula dari 25 hb Nov hingga 28 Nov yang lalu ambo bersama dengan 22 kawan-kawan telah berjaya berkayuh dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang hingga ke Padang Besar, Perlis dengan jarak sejauh 245.91 Kilometer. Terima kasih kpd sahabat yang telah menunjukkan komitmen tinggi sehingga misi tersebut telah tercapai. kpd Bad manan, mat Pin, Bob, Fauzi, Mus, Mad Man, Ameer HA, Bahrin Bkt Merah, Jalil, En Zaini, Suhaimi, Rahilme, Fuad, Epol, Pak Long, dan kpd nama-nama yang tak sempat ambo paparkan.Insya Allah tahun depan kita cuba untuk tawan Pantai Timur pula.


Thursday, November 22, 2007

Selamat bercuti dan menghadapi STPM

Buat semua teman guru, daku ucapkan selamat bercuti dan penuhilah cuti ini dengan perkara yang bermanfaat.tambahlah mana yang kurang.Tenangkan mana yang kusut, tapislah mana yang berkelodak. kepada anak-anak didik selamat berhadapan dengan peperiksaan STPM dengan tenang. ingatlah bahawa perjuangan kalian belum lagi selesai.buktikan yang kalian semua boleh berjaya sepertimana orang-orang yang telah berjaya sebelum kalian.

Wednesday, October 31, 2007

Cabaran Selangor 2007

Kini ambo sedang menuju ke Selangor untuk menghadapi cabaran selangor sehingga 7 November 2007. Doakan ambo berjaya.

Sunday, October 7, 2007

Selamat Hari Raya !

Salam sejahtera kepada semua umat. Berhari rayalah dengan penuh keinsafan dan raikan kemenangan ini dengan bertekad untuk menggapai kemenangan yang lebih hakiki.

Wednesday, September 26, 2007

Ehya' Ramadhan...Sembahyanglah.

"Rasulullah bersabda:Sesungguhnya akan runtuhlah (putus) tali simpulan Islam satu demi satu. Maka setiap kali putus tali yang satu, manusia akan bergantung (berpegang) dengan tali berikutnya. Maka yang pertama runtuh ialah hukum Islam (perundangan Islam) dan terakhir ialah solat.(HR Ahmad)Sesungguhnya, benarlah apa yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. itu jelas kita rasai sekarang. Permulaanya dengan keruntuhan hukum Islam ataupun perundangan Islam pada 23 Disember 1876,Turki didalang oleh Midhat Pasha ( Perdana Menteri Turki ), kemudian sistem pemerintahan Islam ( Khilafah ) pada 3 Mac 1924 oleh Kamal Atartuk . Dan sekarang ini kita menuju keruntuhan hukum-hukum syarak yang lainnya, selangkah demi selangkah dan yang terakhirnya ialah SOLAT. Umat Islam sekarang sedang merungkai ikatan Islam yang terakhir iaitu solat. Fenomena tidak bersembahyang bukan lagi sesuatu yang asing. Bukan sahaja golongan muda dan remaja yang tidak bersembahyang bahkan orang dewasa juga ramai yang tidak solat. Mendirikan sembahyang berhubung kait dengan biah ( persekitaran ), masyarakat dan negara. Suasana yang ada pada hari ini tidak mendorong rakyat mendirikan sembahyang. Seruan dan ajakan kepada bersembahyang terlalu lemah berbanding godaan dan bisikkan supaya mengabaikan sembahyang. Walau pun seruan azan berkumandang di mana-mana di seluruh pelusuk negara, tetapi umat Islam yang menyahut dan ke masjid terlalu sedikit. Bilangan yang solat di rumah juga tidak ramai. Ini adalah kerana panggilan duniawi terlalu kuat dan magnetik. Gejala tidak sembahyang ini betambah parah apabila kerajaan sendiri menganjurkan dan membenarkan pelbagai program yang menjauhkan masyarakat daripada sembahyang. Hiburan yang terlalu banyak dan diberi tempat yang istimewa sehingga menusuk ke jantung hati rakyat. Kerajaan juga begitu bersungguh – sungguh dengan program sukan tanpa solat. Mereka yang menjadi juara, diangap wira negara tonggak kecemerlangan dan terbilang berbanding seorang guru yang mendidik anak bangsa mengenal jatidiri serta kebenaran dan kebatilan. Maka lahirlah golongan remaja yang hatinya kosong daripada solat. Program pendidikan , pembangunan dan ekonomi serta sosial yang dibangunkan adalah tanpa solat. Masyarakat sentiasa disogokkan oleh kerajaan dengan pembangunan , kemajuan dan kehidupan serba mewah. Media massa menggambarkan seolah-olah negara serba maju dan gemilang. Semua kemajuan dan kemewahan perlu dibayar oleh rakyat. Cukai , kenaikan harga minyak dan barangan keperluan benar-benar mendesak rakyat supaya memaksimakan masa mereka dengan berkerja bagi mencukupkan keperluan. Masa yang sepatutnya diluang untuk ibadat, keluarga dan pendidikan telah diragut oleh pekerjaan bagi memenuhi keperluan hidup. Realiti masyarakat bandar keluar ke tempat kerja sebelum subuh dan pulang selepas isya adalah lumrah. Manakala masyarakat kampung dan pekan kecil terpaksa mempunyai dua pekerjaan bagi kecukupan hidup. Pelajar –pelajar juga menghambat waktu. Pagi ke sekolah, waktu petang pula kelas tambahan dan malamnya bergelut dengan tution kerana memenuhi keinginan ibubapa dan pihak sekolah untuk mencapai kelulusan cemerlang dalam peperiksaan.Walaupun masa mendirikan solat sangat pendek, lebih kurang lima hingga sepuluh minit sahaja, tetapi apabila seluruh perhatian, akal, hati dan perasaan ditumpukan kepada perkara lain maka umat Islam akan lalai daripada solat. Firman Allah bemaksud. Orang-orang yang kami berikan kuasa ( pemerintah ) di atas muka bumi, mereka mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah daripada kemungkaran dan bagi Allah sahajalah kembali segala urusan ( Al Haj - 41 )Pemerintah bukan sahaja mendirikan sembahyang secara peribadi bahkan hendaklah menyuruh rakyatnya bersembahyang dengan kuasanya. Kerajaan sepatutnya mengawal tumpuan rakyat supaya seimbang antara duniawi dan ukhrawi. Segala sistem , perundangan, dan nilai sosial mestilah menjurus kepada keharmonian dan keseimbangan jasadiah dan ruhiyyah. Konsep menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran hendaklah disuburkan. Diantaranya ialah menyediakan suasana masyarakat yang kondusif terhadap solat. Bukan sahaja sekadar menyediakan tempat sembahyang yang selesa bahkan rakyat perlu sentiasa disuburkan dengan jiwa cintakan solat. Pendidikan dan pelaksanaan sembahyang hendaklah diberi keutamaam dalam kurikulum sekolah. Masyarakat perlu dipupuk supaya mencintai ilmu. Peranan institusi pendidikan samaada formal atau tidak perlu dilebarkan. Konsep menjadi pelajar sepanjang hayat mesti dijana oleh kerajaan. Masyarakat madani yang maju adalah masyarakat berilmu. Kempen mendirikan solat perlu digerakkan melalui media massa utama. Ini akan memberi kesedaran Islam kepada yang lalai. Peranan mengajak rakyat mendirikan sembahyang tidak harus tertentu kepada ustaz, imam dan bilal sahaja, bahkan merata kepada setiap anggota masyarakat. Peniaga dan pedagang berperanan di pasar dan kedai. Pemimpin masyarakat perlu menyeru setiap anggota masyarakat kampung dan bandar. Pegawai mengerahkan setiap kakitanganya dan mereka yang dibawah pengaruhnya bersama-sama mendirikan solat. Ibubapa pula sentiasa menyuruh keluarganya mendirikan solat sebagaimana firman Allah:Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ismail; Sesungguhnya dia adalah benar menepati janji dan adalah dia seorang Rasul, lagi berpangkat Nabi. Dan adalah dia menyuruh keluarganya mengerjakan sembahyang dan memberi zakat, dan dia pula adalah seorang yang diredai di sisi Tuhannya! - S. Maryam ( 54 & 55 ) Dan perintahkanlah keluargamu (serta umatmu) mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. - S. Taha 132Jika semuanya berperanan dengan sepatutnya maka akan lahirlah kerajaan dan rakyat yang mendirikan solat sebagaimana yang diperintahkan Allah.Segala perkara mungkar dan elemen yang melalaikan umat daripada solat dan kebajikan hendaklah dilenyapkan. Kerajaan hendaklah mengawal dan menghalang program hiburan melulu dan lain-lain agenda yang tidak menjurus kepada pembangunan modal insan soleh. Semua pusat-pusat maksiat yang menjauhkan umat daripada solat hendaklah ditutup. Media massa dan internet perlu ditapis dan dikawal dari bahan-bahan yang merosakkan aqidah, akhlaq dan minda. Dadah, arak dan yang seumpamanya perlu dibasmi ke akar umbi. Budaya ‘tidak apa’ dengan kejahilan perlu diperbetulkan semula.Dalam hukum perundangan Islam, apabila seseorang individu muslim yang meninggalkan solat, kerajaan hendaklah mengenakan hukum takzir dan disuruh mendirikan solat. Jika ia masih enggan, dipenjara sehingga satu tempoh yang ditetapkan oleh hakim dan jika ia masih enggan maka dihukum bunuh. Demikian menurut perundangan mazhab Shafie. Manakala mazhab –mazhab lain menetapkan dihukum bunuh dan sebahagiannya dihukum bunuh kerana dianggap telah murtad ( selepas disuruh bertaubat ). Maka, individu muslim tentu saja tidak berani meninggalkan solat. Bahkan masyarakat juga akan menjaga anggota ahlinya agar tidak meninggalkan solat. Sedangkan perundangan Islam hanya akan terlaksana dengan tertegaknya sistem pemerintahan Islam - KHILAFAH. Tanpa Sistem Khilafah, semua hukum –hukum Islam menjadi sia-sia dan tali ikatan ajaran Islam akan terputus satu demi satu. Akhirnya tali solat pun terputus…

Wednesday, September 19, 2007

Monday, September 17, 2007

Friday, August 17, 2007

Kursus lagi !

Berat rasanya nak datang Pulau Pangkor ni untuk kursus. Sofeya menangis-nangis dan meronta tak nak lepaskan abahnya pegi. maklumlah hari ni pulak hari jadi abang longnya (Aiman Fawwaz) yang kelima. Terpaksa pujuk, peluk, cium, sikat rambut, salam dan kesat air matanya. Abah janji nanti kita balik rumah Tok ki kat Terengganu. Nanti kita mandi laut sama-sama dengan sepupu-sepupu kat Terengganu tu. Itulah rengetan anak-anak. Tp yang hebatnya abang long tu biasa saje. Kadang-kadang dia dah tahu bila je abahnya siap dengan beg galas, dia dah faham yang abahnya nak gi kursus atau camping. malas dia nak tanye-tanye. Melihat dan merenung wajah anak-anak risau, bimbang, takut dan bermacam perasaan timbul bila memikirkan masa depannya. Manalah tidak, dunia akan datang entah macam mana rupenya. Kalau sekarang ni pun dah macam-macam ada, nanti lagi banyak la yang akan ada.....

Tuesday, August 14, 2007

Camping

salam khemah perdana......... letih, penat, pening, rasa nak muntah, loya, mengantuk, lapar, dahaga, rasa melekit, nak tido dll. itulah rasanya bila kita joint khemah ni. Tp kalau datang saje nak melawa baik balik dan duduk rumah je. lagi baik. Kalau setakat datang nak menjual keropok lekor keras, burger hangit, air terlebih gula, air laici rasa garam baik tak payah. Ari tu kami buat Khemah perdana kat SMK Dato' KAmaruddin (10-13 Ogos 2007).

Khemah Perdana

Wednesday, July 25, 2007

Pesta Kantin.....

Letih la nak fikir pasai hari kantin.Tp kita hidup bersendikan sunnah. Maka menyahut seruan itulah kita turut sama berniaga. Itu pun nak ajar anak-anak didik mengenali sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Dalam suasana kesibukan inilah kita kenal siapa teman, kawan dan lawan. Musuh dekat, musuh jauh, kawan dekat dan kawan jauh..Saje..

Tuesday, July 24, 2007

Dilarang melarang!!

Buat la apa saje. janji tak langgar hukum tuhan. !

Monday, July 23, 2007

Letih Benor.

Mau tak letihnya kena jaga tiga kelas exam la. Tp buat kerana Allah.!

Tuesday, July 17, 2007

Mesti sihat !

Hidup mesti sihat sokmo. Buatlah apa sahaja xtvt yang boleh membuatkan anda rasa sentiasa dalam keadaan sihat. Tapi kena ingat, sebelum memulakan sebarang aktiviti, tahap intensiti mesti 60% daripada kadar nadi maksima. Itu kata pakar kesihatan. Hari ini daku menerima pengajaran cukup baik. Orienteering berbasikal. Maklumlah dah lama tak kayuh. Naik semput dibuatnya.Keliling pulau Pangkor dengan basikal sambil tengok peta dan cari control marker. Itu semua takde apa sangat.Cuma satu je, nak buat ibadat mesti sihat.Kalau tak, nak sembahyang pun lembik, nak zikir tak larat, nak buat tahajjud jauh sekali, bangkit sunat tasbih lagi jauuuuhh, puasa sunat hampeh nak buat. Itulah kita orang Islam. Kalau inilah rupanya mcm mana Islam nak menang. bersorak, menjerit dan sinis je musuh pandang kita.Ingat Islam tak cukup sekadar berdoa, baca Yaasin malam Jumaat, kenduri tahlil dan lain-lain.Islam mesti kuat dan dilihat seolah-olah sangat kuat. Itulah mesej yang daku nak sampaikan.Siapa lagi yang nak kuatkan Islam kalau bukan kita..... Bangunlah!!!!!!!

Kena dera..

Hari kedua berkursus. kalau dah nama pun kursus, maka letih la kita dibuatnya. Atas nama ilmu maka letih pun jadi seronok. keliling sekolah cari control maker, berdasarkan landasan dengan masa yang diperuntukkan, dapatlah merasa seronoknya berorienteering. namun bukan itu sangat yang nak dibincangkan. Tugas guru sebenarnya. memberi ilmu dan dalam masa yang sama meningkatkan pengetahuan sedia ada dan kemahiran untuk melonjakkan nilai tambah keguruan itu sendiri. Inilah yang dinamakan proses P & P. namun ada sebahagian masyarakat yang tersilap pandangan. bila sahaja ada guru yang berkursus disangkanya kita pergi makan angin, shopping la dll dalam masa yang sama boleh claim duit lagi katanya. Inilah fitnah terbesar di abad ini terhadap guru. Berburu ke padang datar, dapat rusa belang kaki, berguru kepalang ajar, ibarat bunga kembang tak jadi. Guru oh guru!!

Sunday, July 15, 2007

Sisipan minda.

Sekarang barulah bermula erti sebuah kesedaran dalam kehidupan berteknologi. Betullah kata pujangga bahasa, 'tak kenal maka tak cinta'. Buat masa sekarang daku tengah bermubahalah dengan jasad sendiri. Dimana perlu aku sampaikan idealisme-idealisme tentang erti kemanusiaan, kesejagatan, kelestarian, perjuangan, pertiwi dan apa-apa sahaja. Dalam minda sekarang terukir satu falsafah " Dilarang melarang". Buatlah mindaku apa sahaja yang dikau rasakan bertepatan dengan falsafah kehidupan beragama. Selagi tidak keluar daripada norma-norma Islam. Buat tatapan teman-teman, nak ku hebahkan bahawa blogspot ini baru sahaja dilancarkan secara rasminya di Pulau Pangkor...Dirasmikan oleh Tan Sri Sang sri biru.Berteknologikan sendi-sendi plastik, beruratkan dawai-dawai buta, berdakwatkan keyboard maka bermadahlah..Sekian dulu buat detik ini. masa kerja la !!!!

Kursus Orieentering La!!!!!

Sekarang ni kat Pulau Pangkor. Mokhtar hantar surat start kursus pukul 2.00 Petang. tap[i rupanya malam baru nak mula. petang kami lepak dulu la. bau durian ustaz nadzim tak habis lagi.