Saturday, January 12, 2008

Abstrak

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti pembentukkan karektor diri terhadap penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Meneliti latar belakang pelajar yang cenderung untuk melibatkan diri secara aktif dalam sesuatu aktiviti kokurikulum dan faktor-faktor yang berkait rapat dengan suasana pengendalian aktiviti. Subjek kajian terdiri daripada 20 orang pelajar tingkatan 4 dan 16 orang pentadbir sekolah yang terdiri daripada 4 orang Pengetua, 4 orang Guru Penolong Kanan Kokurikulum, 4 orang guru Setiausaha Kokurikulum dan 4 orang kaunselor sekolah daripada 4 buah sekolah menengah di Daerah Larut Matang dan Selam, Perak. Alat kajian yang akan diguna pakai dalam kajian ini untuk mendapatkan data ialah dengan temuduga. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis perbandingan melalui pembentukkan konsep analitikal, kategori dan perbandingan persamaan serta perbezaan kategori yang membawa kepada pembentukkan tema. Data pula akan dipersembahkan dalam bentuk jadual matriks dan huraian secara deskriptif mengikut tema yang akan muncul berdasarkan persoalan kajian. Kajian terdahulu mendapati para pelajar cenderung melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah sewaktu dalam lingkungan umur 13 hingga 16 tahun dan majoriti mengundang pelajar lelaki yang dikesan bergiat aktif. Kebanyakkan daripada mereka ialah terdiri daripada pengawas sekolah, ketua-ketua kelas dan daripada keluarga yang mempunyai latar belakang kehidupan sosial yang baik. Kebanyakkan daripada mereka aktif sejak daripada sekolah rendah dan terbiasa dalam persekitaran aktif. Tujuh belas persoalan tema boleh diungkapkan berhubung faktor-faktor yang berkait rapat dengan pembentukkan karektor pelajar yang terlibat secara aktif dalam aktiviti yang berdasarkan enam pembolehubah yang dikaji iaitu faktor diri sendiri, faktor keluarga, faktor sekolah, faktor rakan sebaya, faktor acara dan faktor media. Faktor yang datang daripada pelajar sendiri merupakan faktor dominan dalam pembentukkan karektor diri iaitu berkaitrapat dengan mendapatkan pengiktirafan, kepuasan diri, kawalan diri yang teguh, darjah kematangan yang tinggi, personaliti diri yang berhemah dan amalan persaingan dan menang. kajian ini akan menunjukkan pembentukkan karektor diri pelajar terhadap penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum juga berkait dengan faktor-faktor lain tetapi cenderung kepada faktor keluarga kerana pelajar tersebut mendapat sokongan, perhatian dan kasih sayang,kebebasan yang dikawalselia ibu bapa dan tambah nilai moral dan didikan agama yang berkesan. Didapati pengiktiran berterusan, galakan yang berorientasikan sihat minda dan isentif kebendaan dan pujian berkesan dalam usaha menyediakan modal insan yang berkarektor positif sekiranya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum mengambil kira beberapa aspek tertentu iaitu pelajar dirasionalkan betapa karektor diri berkait rapat dengan kecemerlangan hidup, nilai tambah berkarektor boleh dikenalpasti dengan jelas diluar bilik darjah, melaksanakan idea perubahan secara tegas dan memberi perhatian secara jitu kepada peningkatan akademik. Kelangsungan tersebut mampu dijelmakan secara menyeluruh melalui suatu budaya yang berperwatakan atau berkarektor di kalangan pelajar atau individu yang tidak bertindak naïf terhadap nilai-nilai baik sejagat.

Tuesday, January 8, 2008

Selamat Tahun baru 1429 Hijrah

Assalamualaikum w.b.t...

Salam perpaduan, salam perubahan, salam anjakan. Agak lama juga tak menulis. Tiba-tiba datang idea untuk meneruskan kerja-kerja baik ini. Banyak yang berlaku takkala mana kita melangkah masuk ke tahun baru 2008 dan tahun hijah 1429 kali ini. Tapi semua ini tidak mematahkan semangat juang untuk meneruskan kesinambungan mata rantai perjuangan yang di bawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Seperti biasa manusia yang berakal dan waras fikirannya akan menyatakan azam bilamana masuk tahun baru. Penuh dengan semangat yang berkobar-kobar kononnya untuk merangka, mencipta, menggapai perubahan yang pada diri masing-masing mampu untuk diperlihatkan bahawa dirinya sudah berubah. Hakikatnya perubahan itu sama seperti mencurah air ke daun keladi.Tidak membawa apa-apa erti jauh sekali memperlihatkan natijah daripada perubahan angka tahun sahaja.Namun begitu sebagai pengembara yang masih mahu terus melangkah meneroka ilmu, jadikanlah semangat hijrah ini sebagai rangsangan motivasi diri untuk menyergah minda. Kerana ingatlah, "Sekiranya kamu tidak pernah merasakan peritnya menuntut ilmu walau sesaat, pasti kamu akan merasakan betapa peritnya menjadi bodoh seumur hidup"