Friday, March 6, 2009

Kalut Ribut Dunia

Tiba-tiba teringat ambo dengan ungkapan lagu daripada kumpulan XPDC....ma!k oh mak!, Dunia dah terbalik!, orang naik ke Bulan, pakai Kerete Lembu!!, Pergi Bukit Belacan mandi air susu!!!!! itulah gambaran yang sedang dan akan terus berlaku dalam periuk belanga politik negeri Perak. Kegawatan, kekecohan dan kebobrokkan ini kerana ada segelintir manusia yang tidak berhati perut, membelakangkan prinsip-prinsip demokrasi yang kononnya mereka sanjung dan perjuangkan. Warisan perjuangan yang kononnya mereka akan tinggalkan kepada anak cucu , bakal disumpah seranah, diludah, dicerca dan terus diingati sebagai warisan yang sangat menjengkelkan. mereka sendiri sebenarnya lupa kepada sejarah, lupa kepada nilai-nilai ketamadunan suci umat Melayu, Raja-raja Melayu dan seluruh isi hati tanah air sendiri. mereka mungkin sedang mencongah untung daripada perniagaan yang tiada modal, mungkin sedang melambakkan laba daripada jerit perih anak bangsa, tetapi INGAT apa yang sedang direkayasa oleh mereka bakal menjadi senjata makan tuan. Perjuangan suci atas nama agama mengajar pejuang mereka erti kesabaran, menempuh jalan sukar dalam dakwah adalah asam garam, meniti denai berduri menjadi hidangan perjuangan. Justeru sabar, sabar, sabar. kebenaran nanti akan terjelma. Allah akan tunjukkan kebenaran itu adalah kebenaran, dan kebatilan itu tetap kebatilan.