Tuesday, January 8, 2008

Selamat Tahun baru 1429 Hijrah

Assalamualaikum w.b.t...

Salam perpaduan, salam perubahan, salam anjakan. Agak lama juga tak menulis. Tiba-tiba datang idea untuk meneruskan kerja-kerja baik ini. Banyak yang berlaku takkala mana kita melangkah masuk ke tahun baru 2008 dan tahun hijah 1429 kali ini. Tapi semua ini tidak mematahkan semangat juang untuk meneruskan kesinambungan mata rantai perjuangan yang di bawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Seperti biasa manusia yang berakal dan waras fikirannya akan menyatakan azam bilamana masuk tahun baru. Penuh dengan semangat yang berkobar-kobar kononnya untuk merangka, mencipta, menggapai perubahan yang pada diri masing-masing mampu untuk diperlihatkan bahawa dirinya sudah berubah. Hakikatnya perubahan itu sama seperti mencurah air ke daun keladi.Tidak membawa apa-apa erti jauh sekali memperlihatkan natijah daripada perubahan angka tahun sahaja.Namun begitu sebagai pengembara yang masih mahu terus melangkah meneroka ilmu, jadikanlah semangat hijrah ini sebagai rangsangan motivasi diri untuk menyergah minda. Kerana ingatlah, "Sekiranya kamu tidak pernah merasakan peritnya menuntut ilmu walau sesaat, pasti kamu akan merasakan betapa peritnya menjadi bodoh seumur hidup"

No comments: